fairy tale

ditepi tebing sebuah lautan
duduk termangu seorang jejaka
matanya memandang terus ke laut sepi
seolah2 tembus disana
pendangan yg sukar dibuat graf

datang pari pari kecil memeluk awan menghulur umpan cinta. senyumannya manis sekali. tapi si jejaka masih memandang ke dalam laut. puas si pari pari kecil membuat pelbagai gaya muka comel. sampai dah berkuak lentang pun, si jejaka masih memandang ke dalam laut. si pari pari kecil letih. maka, pari pari pun memandang ke laut.

nah disana. ! si duyung juga memerhatikan si jejaka. tersedar pari pari memandangnya, si duyung tersenyum. semua ikan ikan mengelilingi nya. cantik sekali. si pari pari memandang si jejaka. di dalam matanya ada cinta. si pari pari paham. dia terbang ke langit dengan awan nya.


" cinta itu bukan untuk saya. akan saya sampaikan kepada si cupid agar kalian bahagia selamanya.! "

terlihat seekor pari pari duduk di awan memakan oreo.

" dengar semua.! bukan semua pari pari ceritanya indah. " si pari pari tersenyum dan melarikan oreo nya dari dua fairy goodbrother.

No comments:

Post a Comment