.
cerita itu cerita tipu.
cerita itu cerita dusta
gelapkan dunia
pasangkan suara-suara sepi
oh,
begini sahaja ceritanya...
bila logik menhimpit kita satu persatu
akal menjadi waras.
kemaafan menjadi mudah
dendam kerja yang memenatkan
maafkan semua
lupakan semua
bergerak ke hadapan
tiada masa untuk berpaling
bila kita akhirnya kembali kepadaNya.
kapada ketenanganNya yang satu.
siapa tahu ini mungkin ramadhan yang terakhir
hari raya perayaan terakhir buat tubuh terkaku mati.
diperhati roh yang dipanggil pergi.
cerita kini tinggal cerita.
.
No comments:
Post a Comment