# Siapa?

Diasaat itu aku berhenti berharap, berhenti bergantung pada orang lain, itulah saat aku menjadi diri ini. Tak pernah berharap dan percaya akan kata-kata manusia walaupun semanis madu. Kerana semua itu sama ada penipuan, punya niat lain ataupun hanya untuk menyelamatkan diri mereka. Sakit untuk menerima hakikat, tapi itulah kenyataan.

Hidup mereka adalah untuk mereka. Watak utama adalah mereka. Walaupun di dalam kehidupan orang lain. Dan aku hanya disini, terdiam, memerhati. Apakah watak mereka. Seperti drama tapi bezanya ini nyata.

Mungkin inilah keyakinan yang rapuh. Rapuh? Ya. Dan aku adalah manusia yang rapuh. Pernah hancur berkecai kerana manusia. Dan kerana itu juga aku hidup kerana diriku dan orang-orang yang penting padaku. Hidup hanya untuk kelainan dan membiarkan mereka dengan bangga mereka. Sambil aku tertawa di dalam hati berdekah-dekah.

Ingat, kau hanya manusia biasa. Dalam watak kau ada kelemahan. Jangan terlalu taksub dan yakin bahawa aku ini hanya watak sampingan yang suci. Jangan tertipu dengan permainan kau sendiri. Kelak kau yang menyesal. Kelak kau yang menangis. Kelak kau sendiri yang rasa tertipu.

Sedang aku hanya begini. Tidak berubah walau kau berubah..






.

No comments:

Post a Comment