Kekecewaan yang aku pendam meranapkan segala harapan
Meratah halus dinding yang aku bina selama ini
Mengikis hiba penghulu hati
Lalu rapuh
Jatuh
Tengggelam dalam bayangan kenangan
Ini
Karma yang tertulis
Kerana menjadi seorang pengecut
Sentiasa berdolak dan menipu diri
Akhirnya terperangkap dalam bayang tercipta
Lelah
Kerana tidak mampu mengejar
Hancur
Kerana ditinggal sepi
Sakit
Kerana cuba berdiri sendiri
Akhirnya semua hilang ditelan bayang
Permainan yang menakutkan
Yang menelan tanpa belas
Hingga tinggal saki baki hancur
Hilang.
No comments:
Post a Comment